Masjid An-Nabawi

Masjid An-Nabawi
Rawdah

Tuesday, September 6, 2011

Mengeluarkan Keropok dari Botol Kaca Yang Tertutup

Karomah Abah Anom 9




Alfaqir mendapatkan kisah ini dari mantan setiausaha peribadi Abah di Suryalaya yang bernama Alfadhil Drs Ustaz Hj Yusuf Bin Hamzah. Beliau banyak menyimpan kisah-kisah karomah Abah Anom tetapi orangnya pendiam. Satu hari beliau menceritakan kepada alfaqir :

'Ghouse,...Pernah satu hari, Abah di datangi seorang pensyarah universiti, entah university mana saya ngak ingat. Bila sudah berada di hadapan Abah, dimana ada cawan kopinya di hadapannya, ada botol-botol kaca yang berisi keropok, ialah biasalah madrasah sentiasa siapin untuk para tetamunya...
tiba-tiba si pensyarah ini, menunjukkan kehebatannya di hadapan Abah. Dia mengeluarkan sebatang rokok dari kotak rokok yang belum di buka plastiknya lagi, kotaknya masih baru, plastiknya pun masih belum di koyakan lagi''...ulang Ustaz Yusuf dalam menegaskan kejadian itu.

Di hadapan Abah, ada botol kaca berisi keropok-keropok....botol itu pun dekat dengan si pensyarah ni, Abah langsung mengeluarkan sekeping keropok dari botol kaca yang belum dibuka tutupnya sambil berkata : Ambil yang ni ada manfaatnya, yang itu ( rokok yang dikeluarkannya tadi ) ada mudharatnya.'' Maka terperanjatlah pensyarah tersebut sambil mengambil keropok bertuah itu dan memakannya , kemudian beliau terus minta di baiát kan zikir...''

''Bayangkan Ghouse, macam-macam orang ke sini semuanya tewas, sebab di sangka Abah itu macam mereka, pakai jin, pakai ilmu hitam...padahal wali Allah kan Allah yang jaga....''

No comments: