Masjid An-Nabawi

Masjid An-Nabawi
Rawdah

Tuesday, December 23, 2008

kuniyah merupakan sunnah, apa hujah yg mengatakan ia sunnah..??

soalan:
mcm na nk letakkan kuniyah pd nama kita??? cnth nama dia fazlan b ahmad, so kuniyah die abu ahmad m
cm tu ke???
Jawapan:-

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Abil-Qasim SAW,

Menggunakan kun-yah (كُنْيَة) adalah sunnah yang thabit dari Nabi SAW, para sahabat r.a dan ulama sepanjang zaman.

Kun-yah yang Nabi SAW gunakan untuk diri Baginda ialah Abu al-Qasim seperti yang terdapat dalam hadith-hadith yang sahih. Dan Ulama telah berijmak mengharuskan penggunaan kun-yah selain Abu al-Qasim.

Sabda Rasulullah SAW:

تَسَمَّوْا بِاسْمِي وَلَا تَكَنَّوْا بِكُنْيَتِي فَإِنِّي أَنَا أَبُو الْقَاسِمِ أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ

"Berilah nama dengan namaku, tetapi janganlah menggelar dengan gelaranku (kun-yahku) kerana akulah Abu al-Qasim, aku membahagikan di antara kamu". (H.R Muslim)

Terdapat pelbagai cara untuk meletakkan kun-yah pada nama seseorang, antaranya:

1. Berdasarkan nama salah seorang anaknya, kebiasaannya anak yang sulung. Jika anaknya bernama Abdullah, maka dia boleh gunakan kun-yah Abu Abdillah.

2. Boleh juga dengan nama anak saudaranya, seperti yang digunakan oleh Aisyah r.a dengan kun-yah Ummu Abdillah dari anak saudaranya Abdullah bin az-Zubair.

3. Boleh juga diberikan kun-yah kepada kanak-kanak, seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW yang memanggil adik Anas r.a dengan kun-yah Abu Umair.

4. Berdasarkan keadaan dan perihal seseorang itu, seperti Nabi SAW memberikan kun-yah Abu Turab (Bapa Tanah) kepada Ali r.a kerana mendapati beliau dalam keadaan berbaring bergelumuran tanah dan juga seperti Abu Hurairah.

5. Berdasarkan kun-yah yang biasa digunakan untuk suatu nama contohnya:

- Orang bernama Ibrahim kun-yah yang biasa untuknya ialah Abu Ishaq.
- Orang bernama Ishaq kun-yah yang biasa digunakan untuknya ialah Abu Ya'qub.
- Orang yang bernama Zakaria kun-yah yang biasa digunakan untuknya ialah Abu Yahya.
- Orang yang bernama Yahya kun-yah yang biasa digunakan untuknya ialah Abu Zakaria.

Wallahu a3lam

Rujukan:
- Syarh Sahih Muslim oleh Imam Nawawi.
- Mausu'ah Fiqhiyyah Kuwaitiah.

No comments: