Masjid An-Nabawi

Masjid An-Nabawi
Rawdah

Monday, December 1, 2008

Imam al-Ghazali & Tasbih

Save as Draft

Ikhwah, masih ada yang mempertikaikan penggunaan "subhah" atau lazim disebut di daerah kita sebagai "tasbih", iaitu satu alat yang digunakan untuk mengira bilangan-bilangan zikir. Sebahagian memandangnya sebagai bid`ah yang munkarah yang kononnya diceduk daripada agama-agama lain, menyebabkan mereka phobia dengannya. Sebenarnya, tidak ada ulama kita, Ahlus Sunnah wal Jama`ah, yang anti-tasbih. Kalaupun ada maka itu hanyalah "setengah" ulama.

Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dalam kitabnya "Bidayatul Hidayah" pada fasal 'adab dukhul al-masjid', menganjurkan kita agar menghitung atau mengulang-ulang segala zikir, wirid dan tasbih kita dengan menggunakan subhah. Dan subhah yang tidak lain melainkan alat tasbih yang kita gunakan untuk berwirid dan berzikir. Guru kepada guru-guru kita, Sayyidul Ulama al-Hijaz, Syaikh Nawawi Banten dalam syarahnya terhadap kitab Imam al-Ghazali tersebut yang berjodol "Maraqil 'Ubudiyyah" mukasurat 29 menjelaskan bahawa subhah adalah butiran atau bijian berlubang yang disusun (kharazaatun mandhzumatun ) dan dinamakan juga sebagai mudzakkirah iaitu persis tasbih yang kita kenali dan guna.

Jadi sesiapa yang membid`ahsesatkan penggunaan tasbih untuk berzikir, maka jadilah dia membid`ahsesatkan Imam Hujjatul Islam al-Ghazali. Jadi kekawan, berhati-hatilah dalam menjatuhkan hukuman. Kalau tak nak guna, janganlah anti sangat. Sesiapa yang guna, teruskanlah sebab kan sudah ada anjuran daripada Hujjatul Islam kita al-Ghazali rhm.

Jadi sebenarnya tiada masalah dalam penggunaan tasbih atau jari ketika berwirid dan berzikir ketika sesudah solat,kalau sudah mahir tanpa tasbih silakan,adapun penggunaan tasbih dalam hal ini sangat membantu terutama ketika melakukan zikir dan wirid-wirid yang banyak jumlahnya seperti contohnya orang itu berjanji akan berzikir 1000 kali setiap kali selepas solat tiba-tiba ada orang yang datang kepadanya dalam hal kecemasan dan dia pula terpaksa menghentikan zikirnya jadi kalo menggunakan jari mungkin agak sulit untuk menyambungnya kembali tetapi kalo ada alat seperti tasbih lebih mudah untuk menyambung dari mana tempat berhentinya tadi.

No comments: