Masjid An-Nabawi

Masjid An-Nabawi
Rawdah

Tuesday, December 16, 2008

JENIS-JENIS KITAB-KITAB HADIS

(Saringan dan adaptasi dari “Muqaddimah Lami` al-Darari Ala Jami` al-
Bukhari” karangan Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi oleh Ust
Muhammad Hanief Awang Yahya dan Hakim-eze)

Berikut adalah 29 jenis kitab hadis:
1) Jami’/ jawami’
2) Sunan/ ahkam
3) Mathani/ musnad
4) Ma’ajim/ mu’jam
5) Masyikhat
6) Ajza’/ rasail
7) Arbainat
8) Afrad dan Gharaaib
9) Mustadrak
10) Mustakhraj
11) ’ilal
12) Atraf
13) Tarajim
14) Ta’aliq
15) Taghrib wa tarhib
16) Mursalsalat
17) Tsulasiyyat
18) Al-amali
19) Zawaid
20) Al-Mukhtasarat
21) Takharij
22) Syarhul atsar
23) Asbab nuzul hadis
24) At-tartib
25) At-Ta’liq
26) Al-Mawdhu`at
27) Al-ma’thurat
28) an-Nasikh wal Mansukh
29) Mutasyabih/ Musykil hadis
1) Jami’ atau Jawami’
Penulisan Jami` bermaksud menghimpunkan hadis-hadis berkenaan dengan
bidang aqidah, ahkam, riqaq, adab, tafsir, tarikh dan sirah, fitan dan manaqib.
Kitab hadis Sahih Bukhari merupakan salah satu kitab yang digelar kitab Jami’
(atau Jawami’) . Untuk dipanggil sesebuah kitab hadis sebagai Jami’ sebuah
kitab hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya lapan bidang . Di kalangan
ulama ada yang menyusun hadis-hadis dalam bidang-bidang ini secara
berasingan. Antaranya ialah:
1. Aqaid (akidah): Contohnya: Kitab al-Tauhid karangan Abu Bakar Ibn Abi
Khuzaimah, Kitab al-Asma wa al-Sifat oleh al-Baihaqi
2. Ahkam: Kitab hadis hukum yang disusun seperti dalam kitab-kitab fiqh
seperti Bulugh maram dan Umdatul ahkam.
3. Riqaq ( raqaaiq) : dinamakan juga sebagai Ilmu al-Suluk wa al-Zuhd iaitu
menyebut tentang peringatan di hari akhirat dan azab kubur yang akan
melembutkan hati sesiapa yang mendengarnya dan menjadikannya
seorang yang zuhud.
Contohnya: Kitab Zuhud oleh Abdullah Ibn Mubarak, Imam Ahmad,
4. Adab: Adab sopan, adab tidur, adab solat, adab makan dan sebagainya.
Contohnya kitab al-Adab al-Mufrad oleh al-Bukhari dan Kitab Syamail
oleh Tirmizi
5. Tafsir: Hadis-hadis yang mentafsirkan al-Quran.
Contohnya kitab Tafsir ibn Mardawaih, ibn Jarir at-Tabari, Tafsir al-
Dailami dan Tafsir Jailani.
6. Tarikh: Sejarah
Terbahagi kepada dua jenis:
a- Sejarah tentang kejadian alam ( bada’ al-khalq) seperti kejadian langit dan
bumi,syurga,neraka,jin,syaitan, malaikat dan sebagainya
b- Sejarah tentang kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat seperti
Sirah Ibn Hisyam, Sirah Mulla Umar,dan sebagainya.
7. al-Fitan iaitu fitnah-fitnah yang muncul di akhir zaman bermula selepas
kewafatan Rasulullah s.a.w. Contohnya, kitab Muin bin Hammad (guru
al-Bukhari) tentang Dajjal, turunnya nabi Isa as, kemunculan Imam
Mahdi, dan sebagainya. Beliau telah mencampuradukkan antara yang
sahih dan tidak sahih.
8. Manaqib (tentang kelebihan seseorang seperti Abu
Bakar,Umar,Uthman,dan Ali, tabi’in, ahlul bait, isteri-isteri Rasulullah
s.a.w., Nawasib dan sebagainya) contohnya, al-Riyadh al-Nadhirah Fi
Manaqib al-`Asyarah oleh Muhib al-Tabari, Zakhair al-`Uqba Fi
Manaqib Zawi al-Qurba dan lain-lain.[1]
Antara kitab-kitab hadis yang termasuk dalam kategori ini ialah Sahih al-
Bukhari Jami’ al-Tirmizi, Sahih Muslim, Misykat al-Masabih, Jami` Suyfan al-
Thauri, Jami` Abdul Razzaq bin Hammam al-San`ani, Jami’ al-Darimi, dan
lain-lain.
Kitab Sahih Muslim pula terdapat pertikaian tentangnya. Jumhur ulama
mengatakan ianya termasuk kitab Jami’ namun sebahagian yang lain
menyatakan tidak kerana hadis-hadis tafsir di dalam kitabnya terlalu sedikit.

2) al-Sunan dan al-Ahkam
Ianya disusun mengikut tertib fiqh yang bermula dengan bab Taharah,
sembahyang dan seterusnya. Walaubagaimanapun di dalam sunan sendiri ianya
tidak hanya memuatkan tentang hukum-hakam tetapi ada juga perkara-perkara
lain yang dibincangkan.
Contoh kitab-kitab yang termasuk dalam kategori ini ialah: Sunan al-Nasai’e,
Jami` al-Tarmizi, Sunan Ibn Majah, Sunan Abi Dawud, Sunan al-Daruqutni,
Sunan Abi Ali bin al-Sakan dan lain-lain.
3- Masanid dan Musnad
Penulisan Musnad bermaksud menyusun hadis-hadis mengikut nama-nama
sahabat. Sama ada mengikut susunan abjad atau terdahulu memeluk Islam.
Imam Ahmad yang menulis musnad telah mendahulukan hadis-hadis Abu Bakar
daripada hadis-hadis sahabat yang lain.
Antara cara penyusunan musnad:
1. memuatkan hadis-hadis tentang 10 orang sahabat yang dijamin masuk
syurga, atau tentang khalifah yang empat.
2. mengikut siapa yang lebih dahulu yang memeluk Islam.
3. dengan melihat siapakah ahli Badar/ Hudaibiah dahulu.
4. dengan melihat siapakah yang memeluk Islam terlebih dahulu ketika
Pembukaan Mekah.
5. dengan melihat lelaki dahulu perlu diutamakan. Tetapi dari kalangan
wanita pula isteri-isteri nabi diutamakan terlebih dahulu.
6. atau dengan melihat jenis qabilah (qabilah bani Hasyim didahulukan).
Di dalam musnad juga taraf hadis tidak diambil kira. Ia cuma mengumpulkan
sebanyak mungkin hadis-hadis yang menerangkan tentang sesuatu perkara.
Namun begitu musnad yang paling sahih adalah Musnad Ahmad kerana
beliau telah menyaring hadis-hadisnya. Kebanyakan ulama salaf menulis
hadis-hadis dalam bentuk musnad.[2]
4- Ma’ajim dan mu’jam
Mu’jam pula disusun mengikut tertib huruf ejaan, atau mengikut susunan
nama guru-guru mereka. Nama guru-guru mereka pula disusun mengikut
ejaan nama atau kelebihan mereka.
Mu’jam juga hanya mengumpulkan hadis-hadis nabi saw tanpa melihat taraf
hadis-hadisnya.
Contoh kitab-kitab mu’jam ialah Mu’jam Tabrani, Mu’jam kabir, Mu’jam as-
Sayuti, dan Mu’jam as-Saghrir, Mu’jam Abi Bakr, ibn Mubarak, dan
sebagainya.
Kitab rijal yang mengumpulkan orang-orang yang tersebut dalam
meriwayatkan hadis-hadis nabi s.a.w. mengikiut ejaan bersama dengan
kuniyyahnya. Ini semua adalah untuk memastikan kesahihan sesebuah hadis.
Golongan. Orientalis sendiri mengakui kehebatan ilmu hadis. [3]
5- Masyikhat
Di dalam penulisan masyikhat, hadis-hadis dikumpul dari seorang syeikh
sama ada dia mengumpulkan sendiri hadis tersebut atau orang lain yang
mengumpulkannya. Contohnya, Masyikhat Ibn al-Bukhari, yang dibuat
tambahan oleh Hafiz al-Mizzi, Masyikhah Ibn Syadam al-Kubra dan al-
Sughra, dan dibuat tambahan oleh al-`Iraqi.
Ali bin Anjab al-Baghdadi mempunyai 20 jilid kitab masyikhat.
Antara kitab Masyikhat yang disebutkan juga ma’ajim seperti Mu’jam al-
Sayuti, Abu Bakar Ibn Mubarak. Kitab yang ada sanad pula seperti Musnad
al-Firdaus oleh al-Dailami,
Istilah lain bagi mu’jam dengan makna kamus dan bukannya bermaksud
penulisan hadis. Ada juga yang menyebut mu’jam itu sebagai kamus geografi
yang menyebut tentang geografi sesuatu tempat seperti Mu`jam al-Buldan
oleh Yaqut al-Hamawi. Ada juga yang mengumpulkan tentang biografi
seseorang tokoh di dalam kitab mu’jamnya seperti al-Mu`jam fi Athar
Muluk al-`Ajam.

No comments: