Masjid An-Nabawi

Masjid An-Nabawi
Rawdah

Monday, February 2, 2009

hukum bunuh cicak

Apakah hukum membunuh cicak pada malam jumaat?? sila sertakan dengan hadis.. ada orang mengatakan ia mendpat pahala adapula yang mengatakn tidak ada hadis yang membolehkan bunuh cicak pada malam jumaat mendapat pahala. so ia seperti menzalimi binatang itu..sila beri penjelasan..

Banyak terdapat hadis tentang hukum membunuh cicak,antaranya:

1/Riwayat dari Ummu Syarik:"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"

2/Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya: "Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah"

3/Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w: "Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"

Saudara boleh rujuk hadis ini dalam Sahih Muslim dalam "Kitab Qatlul Haiyyat"

Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya
"Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh
membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api,sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.

Jadi dari hadis diatas,maka jelas disini bahawa membunuh cicak adalah sunat hukumnya tetapi tidak dikaitkan dengan hari jumaat atau mana2 hari.

5 comments:

Untold story said...

oooo.. mcm tuh ker..

Noor Hafizah said...

Ada sebahagian pendapat menyatakan bahawa cerita tentang cicak yang memberitahu orang Quraisy tentang adanya nabi Muhammad dan Abu Bakar di dalam gua Thur semasa hijrah Nabi Muhamad ke Yathrib dikatakan Israilliyat..Tapi ada juga yang memberitahu bahawa hanya burung merpati dan labah2 sahaja berada di gua tersebut. So persoalan di sini adakah cerita ini Israilliyat atau kebenaran.

Seri Ayu said...

Salam. Sama-samalah kita mencari kebenaran. Marilah berkongsi dengan kami http://puteri.synthasite.com sama-sama berjihad ke jalan Allah.

killandiblogo said...

saya pikir mencari hukum untuk membunuh cicak adalah suatu hukum yang kurang kerjaan. nanti-nanti malah diberaki cicak. kan tidak semua cicak itu jahat. kita juga barangkali dalam hidup ini hanya sekali atau dua kali diberaki cicak, jadi kenapa kita harus membunuh cicak. cicak tidak punya salah apa-apa. mereka hanya menempel-nempel saja ditembok. dan tentu saja komentar jihad di jalan allah, dan topik hukum membunuh cicak sama sekali tidak nyambung, sudah terlalu banyak penyelewengan makna jihad, dan juga jangan terlalu gampang mengumbar-umbarnya, apalagi di topik 'hukum membunuh cicak'.

maaf, sebelumnya, saya hanya ingin berpikir rasional.

andi toro said...

ntah iya ntah ndak,,,yg jelas ada hadistnya,mau salah atau tidak sama kita, kalau kata Rasululullah dianjurkan utk dibunuh ya silahkan saja dibunuh kalau mau,kalau gak mau jg gak apa2,agama tidak hanya berdasarkan rasional saja dan tidak hanya menurut pemikiran kita kita,,menrut saya, menrut dia, menurut apalah,,yg penting ada dasar hukum nya itulah yg harus dijalankan