Masjid An-Nabawi

Masjid An-Nabawi
Rawdah

Monday, April 20, 2009

Maulud/Maulid Nabi

Assalamualaikum para pembaca semua.sudah banyak kali kita dengar golongan-golongan yang anti kepada golongan ahlus sunnah waljammah mengatakan bahawa maulud nabi itu tidak pernah dibuat dan membuatnya merupakan satu yang bida'ah.Di sini saya ingin berkongsi satu kata dari seorang waliyullah yang tinggi ilmunya lagi alim orangnya...

Daripada pendapat Syeikh Ma'ruf Al-Karkhi(wafat 200h) mengenai soal maulud/maulid nabi,diceritakan seperti tersebut...

Suatu hari ketika sedang berpuasa Sunat, Maruf Al Karkhi rahimahullah berjalan melewati seorang yang membagi bagikan air secara percuma. Dengan suara lantang lelaki itu berkata :

“Semoga Allah merahmati orang yang mahu minum air ini”

Mendengar ucapannya, Ma’ruf Al-Karkhi rahimahullah berhenti dan meminum air tersebut.

“Bukankah engkau sedang berpuasa”? Tanya seseorang kepadanya. Benar, tetapi aku berharap mendapat rahmat Allah sebagaimana doa lelaki tersebut. (Abul Qashim “Abdul Karim Bin Hawazin, Ar Risallatul Qusyairiyah, Darul Khair hal 427-428)

Syeikh Ma’ruf Al Karkhi rahimahullah sangat memperhatikan majlis Maulid Nabi. Dalam salah satu nasihatnya, beliau radhiyallahu anhu berkata :

“Barang siapa mempersiapkan makanan, mengumpulkan teman teman, menyalakan lampu, mengenakan pakaian baru , memakan parfum dan menghias dirinya untuk membaca dan mengagungkan mauled rasul, maka kelak di hari kiamat Allah akan mengumpulkan bersama para Nabi, orang orang yang berada dalam barisan pertama. Dia kan ditempatkan di Illiyyin yang tertinggi (Abu Bakar Bin Muhammad Syatha Ad-Dimyathi, I anathuth Thalibin Darul Fikr, juz3, hal 255)


as-sarawaqi

1 comment:

Edy Hasbullah said...

assalamualaikum wr wb..
salam asy'ariah maturidiyah