Masjid An-Nabawi

Masjid An-Nabawi
Rawdah

Thursday, June 5, 2008

Bacaan Quran

Di ambil dari blog As-SyathibiyyaH


الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وععلى اله واصحابه ومن دعا بدوعة وتمسك بسنتة الى يوم الدين وبعد
Suatu hakikat yang mesti difahami bahawa al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab. Masyarakat Arab semasa zaman penurunan al-Quran mempunyai berbagai-bagai kabilah dan lahjah pertuturan di antara mereka pula berbeza antara satu sama lain. Suatu kelemahan yang terdapat pada mereka ketika itu ialah,lahjah sesuatu kabilah itu tidak mampu dituturkan itu mewajibkan umat Arab membaca berpandukan satu lahjah yang tertentu sahaja, nescaya ramai umat Arab ketika itu tidak akan mampu membaca al-Quran.
Oleh kerana al-Quran pada asalnya telah diturunkan kepada mereka, maka Allah S.W.T. mengharuskan ianya dibaca menurut lahjah-lahjah mereka ketika itu. Sungguhpun demikian mereka tidak semudahnya melafazkan sesuatu ayat itu berdasarkan kesesuaian lahjah mereka juga mestilah berpandukan kepada kaedah-kaedah yang tertentu yang diajarkan kepada mereka.
Al-Quran pada asalnya telah diturunkan dengan pelbagai cara bacaan (qiraat) dan begitu juga penulisannya menggunakan pelbagai lahjah Arab yang diharuskan. Blog ini akan membincangkan mengenai lahjah –lahjah yang diharuskan dalam bacaan al-Quran,seterusnya menyangkal pernyataan yang mengatakan bahawa al-Quran diturunkan dengan lahjah Quraish






~*muQaddimah*~ {IsTi'azaH & BaSmaLaH}

Bab Isti’adzah





1. Makna isti’adzah iaitu أعوذ بالله من الشيطان الرجيم


Iaitu minta atau memohon perlindungan Allah daripada syaitan.





2. Terdapat 3 sighah isti’adzah iaitu :


1-أعوذ بالله من الشيطان الرجيم


2-أعوذ بالله السميع العليم من الشيطﺎﻦالرجيم


3-أعوذ بالله من الشيطان





3. Parsepakatan Qura’ mengatakan Rasulullah S.A.W tidak menambah pada sighah اعوذ بالله من الشيطا ن الرجيم akan tetapi adalah dhaif. Dan sahih...
Surah Fatiha (Al-Bazzi)
Surah Fatiha recited in Al-Bazzi Qira'at By Sheikh Mishary
Surah Al-Fatiha (Khalaf Qira'at)
Surah Al-Fatiha recited by Sheikh Abdur Rasheed Soofi.
Qiraat Hamzah riwayat
Sanakhudhu
Beautiful nasheed about resistance, that i think deserves a video with english translation, enjoy it. inshAllah may it inspire
~ * BaB 1* ~ Ummul QuRaN-Imam Kisaie




* Qiraat al-Kisaie riwayat Abu al-Haris dan ad-Duri tidak mempunyai kekhilafan bacaan

~*BaB 1 *~ UmmUl QuraN-Imam HamZaH






· Pada kalimah ((مالك qiraat Hamzah riwayat Khalaf dan riwayat Khalad :


§ ﺤﺬﻒ ﺍﻠﻴﻒ (membuang ﺍﻠﻴﻒ ) pada kalimah


(ما لك ) = menjadikan cara bacaannya (ملك )


§ Pada kalimah ﻋﻠﻴﻬﻢ membaca dhammah Ha pada kalimah tersebut


· Pada kalimah ﺼﺮﻄ Khalaf membaca isymam صاد


ﺼﺮﻄ = زرط



~* BaB 1*~ UmmUL QuRaN-Imam 'Aasim



· Bagi qiraat ‘Aasim riwayat Syu’bah dan Hafs tidak mempunyai sebarang kekhilafan bacaan
~*BaB 1 *~ UmmUl QuraN-Imam Ibnu 'Aamir



· Pada kalimah ((مالك qiraat Ibnu ‘Aamir riwayat Hisyam dan Ibnu Dzakuan membaca ;


§ ﺤﺬﻒ ﺍﻠﻴﻒ (membuang ﺍﻠﻴﻒ ) pada kalimah
(ما لك ) = menjadikan cara bacaannya (ملك )
~*BaB 1*~ UmmUl QuraN-ImaM AbU AmrU



· Pada kalimah ((مالك qiraat Abu ‘Amru riwayat Ad-Duri dan As-Susi membaca


§ ﺤﺬﻒ ﺍﻠﻴﻒ (membuang ﺍﻠﻴﻒ ) pada kalimah


(ما لك ) = menjadikan cara bacaannya ) ملك )


* Pada kalimah As-Susi membaca Idgham Kabir pada kalimah tersebut ﺍﻠﺮﺤﻴﻢ # ﻤﺍﻠﻚ

~ * BaB 1* ~ UmmuL QuraN - Imam IbN KaThiR



· Pada kalimah ((مالك qiraat Ibnu Kathir riwayat al-Bazzi dan Qunbul membaca ;


§ ﺤﺬﻒ ﺍﻠﻴﻒ (membuang ﺍﻠﻴﻒ ) pada kalimah


(ما لك ) = menjadikan cara bacaannya (ملك )


* Al-Bazzi dan Qunbul membacaعليهمو pada kalimah عليهم



* Qunbul membaca السراط pada kalimah اﻠﺼراط

~ *BaB 1* ~ UmmuL QuRan - Imam Nafi'











· Pada kalimah ((مالك qiraat Nafi’ riwayat Warsh dan riwayat Qalun,


§ ﺤﺬﻒ ﺍﻠﻴﻒ (membuang ﺍﻠﻴﻒ ) pada kalimah


(ما لك ) = menjadikan cara bacaannya (ملك )


· Pada kalimah عليهم Qalun membaca عليهمو















Quranexplorer
~* muqaddimah *~ {peNgenalAn 7 imAm QuRRa'}

7 IMAM AL-QURRA’




NAMA IMAM


NAMA SEBENAR


TAHUN LAHIR


TAHUN MENINGGAL


1) Imam Nafi’ al-Madani


Abu Ruwaim Nafi’ bin abdul Rahman bin Abi Na’im al-Laithi


70 H


169 H


- Qalun


Abu Musa Isa b. Mina b. Wardan b. Isa b. Abdul Samad


120 H


220 H


- Warsy


Abu Sa’id Othman b. Sa’id b. Abdullah al-Qibti al-Masri


110 H


197 H


2) Imam Ibnu Kathir al-Makki


Abu sa’id Abdullah b. Kathirb. ‘amru b. Abdullah b. Zazan b. Fairuz b. Hirmuz al-Dari


45 H


120 H


-al-Bazzi


Abu al-Hassan Ahmad b. Muhammad b. Abdullah b. al-Kasim b. Nafi’ b. abi Bazzah al-Makki


170 H


250 H


- Qunbul


Abu ‘Amru Muhammad b. Abdul Rahman b. Muhammad b. Khalid b. Sa’id al-Makhzumi


170 H


250 H


3) Imam Abu ‘Amru al-Bashri


Abu Amru Ziban b. al-‘Ala’ b. Ammar b. al-‘iryan b. Abdullah b. al-Hussain al-Mazani


68 H


154 H


-al-Duri


Abu ‘Amru Hafsh b. Umar b. Abdul Aziz al-nahwi al-Baghdadi





246 H


-al-Susi


Abu Syu’aib Shalih b. Ziad b. Abdullah b. Ismail b. al- Jarud





261 H


4) I...
~*muqaddimah*~ {al-Quran DiTuRunkaN DgN 7 HuRuF}

AL-QURAN DITURUNKAN DENGAN TUJUH HURUF





Terdapat banyak hadis yang menjelaskan bahawa al-quran itu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dengan 7 huruf.


Antara hadis-hadis sahih yg menyebutkan perkara ini yang membawa maksud :





Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas r.a telah berkata : Telah bersabda Rasullullah s.a.w “Jibril a.s telah membacakan kepadaku dengan satu huruf,maka aku sentiasa mengulang-ulanginya.aku juga sentiasa meminta Jibril a.s agar ia menambah lagi wajah bacaan tersebut .Akhirnya dia menambahkan kepadaku sehingga selesai 7 huruf.”





Dalam hadis yang lain pula ada menjelaskan:





Telah diriwayatkan oleh Muslim daripada Ubai bin Kaab, sesungguhnya ketika Rasulullah s.a.w berada ditempat takungan air kepunyaan Bani Ghafar,baginda telah bersabda :Telah datang Jibril a.s kepadaku dan berkata : Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu supaya kamu membaca al-Quran kepada umatmu dengan 1 huruf (bacaan).Maka baginda m...
~*muqaddimah*~ {ProFiL iMam SyAtiBi}

PROFIL IMAM SYATIBI




· Nama sebenar :


Abu Qasim bin Khalaf bin Ahmad asy-Syatibi al-Andalusi ad-Dharir.





· Kelahiran


Ø Pada akhir tahun 538 hijrah di Syatibah salah satu kampung di Andalusia.





· Pendidikan


Ø Hafaz Quran dan talaqqi Qiraat pada Abi Abdullah Muhammad bin Abi al-‘Asy


Ø Kemudian ke Balinsiah sebuah kampung yang berhampiran dengan kampung beliau untuk membentangkan Kitab Taisir bagi Abi Amru ad-Daani


Ø Beliau mengambil kitab ulama’ Nahu daripada Abi Abdillah Muhammad bin Hamid





· Kelebihan


Ø Imam Syatibi imam yang diperakui hujahnya dalam bidang ulum Quran, Hadith dan bahasa.


Ø Tinggi kesabarannya, tenang...
~*muqaddimah*~ { JeNiS QIrAAt}

BACAAN YANG MUTAWAATIR





Bacaan yang mutawatir iaitu bacaan yang disandarkan kepada 10 imam al-Qurra’ serta diriwayatkan kepada 10 Imam al-Qurra’ serta diriwayatkan oleh kumpulan manusia yang ramai. Bacaan 10 yang mutawatir ini terbahagi kepada 2 kategori :-





1) al-Qiraat al-‘Asyr al-Kubra iaitu bacaan-bacaan 10 besar. Bacaan-bacaan 10 besar adalah bacaan yang disandarkan kepada 10 Imam al-Qurra yang ter kenal iaitu Imam Nafi’, Imam ibnu Kathir, Imam Abu Amru, Imam Ibnu ‘Aamir, Imam ‘Aashim, Imam Hamzah, Imam Kisaie, Imam Abu Abu Ja’afar, Imam Ya’akub dan Imam Khalaf al-‘Aashir. Bacaan ini telah dihimpunkan oleh Imam Ibnu al-Jazari dalam matannya (syairnya) yang disebut matan al-Jazariah.





2) Al –Qiraat al-‘Asyr al-Sughra iaitu bacaan 10 kecil. Bacaan 10 kecil adalah bacaan yang disandarkan kepada 10 imam al-Qurra’ yang sam tetapi gabungan 2 sumber iaitu :


a. Al-Qiraat al-Sab’ iaitu bac...
*~muqaddimah~* {TaKRif} {HuBUnGan QuRan & QirAAt} {kelEbiHAn iLmu QIraaT}

Pengertian al-Quran





1)Pada Bahasa merupakan masdar daripada kata قرأ


2)Pada Istilah "Kalam Allah berupa mukjizat yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam beberapa Mushhaf bermula dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas dan diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya merupakan satu ibadah.”

Pengertian Qiraat
1. Pada Bahasa : Merupakan kata jama' daripada kalimah qira'ah (قراءة) yang bermaksud wajah atau cara yang dibaca.



2.Menurut Istilah: Perbezaan kata-kata wahyu dalam lafaz membawakan dialek dan posisi dalam kalimat yang kesemuanya diriwayatkan secara Mutawatir dari Nabi Muhammad. S.A.W.






3. Kekhilafan (perselisiahn pendapat atau pandangan) pada lafaz-lafaz wahyu dalam huruf-huruf al-Quran dan membincangkan bagaimana sebutannya dari lafaz yang ringan atau berat dan sebagainya.

No comments: