Di antara kebesaran dan kehebatan sesuatu perkara ialah banyaknya nama dan gelaran baginya. Nisfu Syaaban turut memiliki ciri ini. Ia digelar oleh para pemuka ulama dari kalangan salaf dan khalaf dengan pelbagai nama yang mulia termasuklah Lailah al-Barakah (Malam Keberkatan), Lailah al-Ghufran (Malam Pengampunan) dan Lailah al-'Itq min al Nar (Malam Pembebasan Dari Api Neraka) Lailah al Baraah (Malam Pelepasan).
Telah ramai yang mengatakan mengenai fadhilat malam nisfu sya'ban,dan ada juga yang mengatakan sebaliknya.
Daripada Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalan-amalan khusus nisfu sya'baan:“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in).
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Di sini ingin ana jelaskan bahawa memanglah perkara ini tidak dinisbahkan kepada Rasulullah sendiri. Akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadah tersebut tidak bertentang dengan syara' (samaada dilakukan bersendirian mahupun beramai-ramai itu sekadar satu teknik dakwah). Contohnya, zikir, doa, membaca Al-Quran, membaca yasin dan sebagainya. Mengenai doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf ,sama juga seperti kita dengar ramai yang membaca doa yang dikarang oleh mereka sendiri yang kebiasaannya di baca ketika ingin merasmikan sesuatu majlis seperti malam persembahan lakonan,malam pertandingan dan sebagainya yang juga tidak dipetik dari golongan salaf bahkan lagi dalam bahasa melayu.jadi bukankah hal-hal yang sebegini juga di namakan bida'ah?
Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:
(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw berdoa dan beristighfar pada malam ini

(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383).
Jika dilihat dari hadis tersebut jelaslah bahawa Nabi S.A.W juga berdoa dan beristigfar pada malam tersebut. Sedangkan junjungan mulia kita berdoa dan beristigfar pada malam nisfu tersebut apakah kita yang berlumuran dengan dosa ini mengatakan bahawa tidak perlu kita menghidupkan malam tersebut dengan bacaan quran?dengan zikir2? dengan solat sunat? kenapa dilakukan dengan berhimpun? bukankah sudah maklum berjamaah itu lebih baik dari bersendirian?
Di sini ana ingin memetik hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya ::
“Allah melihat kepada
hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya'ban, maka Dia ampuni semua
hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh
(orang benci membenci)."
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar, riwayat Ibnu Majah dan at-Thabrani). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith
al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)
Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara
malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam
kitabnya al-Umm:
"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan:
sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat,
malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di
bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."
Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang
penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala.
Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az
bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.
Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu `alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi`in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,
bahawa para tabi`in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi`in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya`baan dengan dua cara:
* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi`in itu.

Sedikit tambahan lagi:
Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara'. Samaada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.
Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali dipertikaikan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedanyanya dengan kemampuan masing-masing.JANGANLAH kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.
Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya'ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak endah. Na'udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.

Diriwayatkan oleh Abdur Razzaq ibn Humam daripada Ali ibn Abu Talib r.a
daripada Nabi SAW bersabda: "Apabila tiba malam nisfu Syaaban, hendaklah
kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada
siangnya kerana Allah SWT menurunkan perintah-Nya pada malam tersebut
mulai dari terbenamnya matahari. Lalu Allah berfirman, "Adakah terdapat
di kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Aku
ampunkannya. Adakah terdapat di kalangan mereka yang memohon rezeki,
maka akan Aku turunkan rezeki untuknya. Adakah di kalangan mereka orang
yang ditimpa bala, maka akan Aku sejahterakannya. Adakah di kalangan
mereka begini dan adakah di kalangan mereka begini sehinggalah
menjelangnya fajar". (Dikeluarkan oleh Ibnu Majah di dalam Sunannya)
Dikeluarkan oleh Imam al-Dar al-Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya
daripada Aisyah r.a, beliau berkata: "Pada suatu malam, aku kehilangan
Rasulullah maka aku pun keluar mencarinya dan aku menemui Baginda SAW di
Baqi' sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda SAW
bersabda, "Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?" Aisyah
berkata: Aku berkata, "Bukan begitu, wahai Rasulullah! Aku cuma
menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain". Baginda SAW
bersabda, "Sesungguhnya Allah SAW turun (menurunkan rahmat atau
perintah-Nya) ke langit dunia pada malam nisfu Syaaban, maka Dia
mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu
kambing Bani Kilab".
Al Dar Qutni telah meriwayatkan juga hadis Bakar ibn Sahl daripada
Hisyam ibn 'Urwah daripada bapanya, daripada Aisyah r.a: "Malam Nisfu
Syaaban adalah malam giliranku bersama Rasulullah SAW. Pada malam itu,
Rasulullah SAW bermalam di sisiku. Tatkala tengah malam, aku kehilangan
Baginda SAW dari alas tempat tidurku. Demi Allah! Alas kain tempat
tidurku itu bukanlah kain bulu yang ditenun dengan sutera, atau kapas".
Aisyah ditanya, "kain apakah itu?" Jawab Aisyah, "Ia adalah kain bulu
dan isinya daripada bulu unta. Maka aku mencarinya di bilik-bilik
isterinya yang lain tetapi aku tidak menemuinya. Lalu aku kembali semula
ke bilikku, dan aku mendapati Baginda SAW seperti sehelai baju yang
jatuh ke tanah sedang sujud dan Baginda SAW menyebut di dalam sujudnya:
"Telah sujud kepada-Mu jasad dan wajahku, telah beriman denganMu
kalbuku. Inilah tanganku dan jenayah ke atas diriku yang telah aku
lakukan dengannya. Wahai Tuhan Yang Maha Besar yang diharapkan oleh
segala yang besar! Ampunilah dosaku yang besar. Telah sujudlah wajahku
kepada Allah yang menciptakannya, membentukkan rupa parasnya, memberikan
pendengaran dan penglihatannya".
Kemudian Baginda SAW mengangkat wajahnya dan berdoa: "Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan tidak celaka".
Aku mendengar Baginda SAW membaca dalam sujudnya: "Aku memohon perlindungan dengan keampunan-Mu dari balasan azab-Mu dan aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada azab-Mu. Sungguh besar Zat-Mu yang tidak terhitung pujiannya ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas Zat-Mu".
Alasan bahawa Rasulullah SAW tidak melakukannya tidak semestinya menunjukkan ke atas pengharaman sesuatu kerana kaedah syariat ada al-Tarku la yuntiju Hukman yang bermaksud bahawa setiap perkara yang ditinggalkan oleh Nabi SAW tidak membawa implikasi hukum.
Oleh itu apa-apa yang tidak pernah dilakukan oleh Baginda SAW yang tidak bercanggah dengan syarak dan tidak disertai larangan daripada Baginda SAW, tidaklah menunjukkan pengharamannya.
Menerusi sekian banyak hadis dan athar yang merakamkan bagaimana Rasulullah SAW, para sahabat dan salafussoleh yang lain memburu peluang menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berdoa dan beribadat kepada Allah SWT, jelas kepada kita tentang keistimewaan dan kelebihan malam yang penuh berkat ini.
Bagi mereka yang telah ditaufiqkan menghidupkannya pada tahun ini, tahniah kita ucapkan dan semoga amalan mereka ditempatkan ditempat yang mulia di sisi Tuhan, rabbul jalil.
Bagi mereka yang ketinggalan atau tertinggal pada kali ini, wajarlah mereka merasa kesal dan menyesal di atas kelalaian mereka itu. Mungkin sahaja jika kekesalan mereka itu benar-benar jujur dan mendalam ia akan turut melayakkan mereka mendapatkan ganjaran seolah-olah mereka telah pun turut memuliakan malam tersebut.
Semoga kedua-dua kelompok ini akan dikira layak untuk memuliakan malam ini di tahun-tahun mendatang serta dipilih untuk menjadi calon-calon terbaik untuk lailatul qadar dan madrasah Ramadan yang bakal tiba. Amin ya rabbal alamin.
Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment