Masjid An-Nabawi

Masjid An-Nabawi
Rawdah

Tuesday, September 6, 2011

Tiga Orang Hindu Bertawasul Dengan Abah

Karomah Abah Anom




Ayahanda alfaqir Tuan Hj Mohd Saleh Khan, apabila pulang dari Suryalaya pada akhir-akhir 90 han, beliau membawa cerita yang sangat menarik. Ketika Abah Anom sedang mentalqinkan serombongan penziarah di madrasahnya, apabila sedang zikir khofi, Abah mengisyaratkan memanggil Ustaz Yusuf Hamzah. Maka tidak lama kemudian, Ustaz Yusuf hadir meletakkan telinganya di samping Abah mendengar dengan taat, kemudian beliau beredar dari tempat itu dengan segera.

Ustaz Yusuf dan beberapa ikhwan Suryalaya bergegas naik jeep dengan membawa beberapa barangan termasuk tali yang besar, langsung keluar dari Pondok Pesantren sedangkan Abah masih mentalkinkan zikir kepada mereka yang meminta.

Selepas beberapa jam pada waktu malamnya, apabila di tanya tentang kejadian ketika Abah sedang mentalkinkan pada siang hari, Ustaz Yusuf menceritakan:

'Abah minta kami segera ke satu tempat di kawasan Tasik, di tempat tersebut ada sungei yang besar dan ada 3 orang yang memerlukan bantuan.'

Sebaik sahaja kami sampai di tempat itu, kami dapati ada 3 orang bangsa India tengelam dalam sungei minta tolong, lantas kami lemparkan tali dan di mudahkan urusan kesemua 3 orang itu dapat di selamatkan.

Ketiga-tiga orang Hindu tersebut berjaya dikeluarkan dari sungei , mereka lantas bertanya bagaimana kita tahu disitu ada yang memerlukan bantuan. Ustaz Yusuf menjawab bahawa , kami lakukan kerana perintah guru kami Abah Anom sebentar tadi. Mereka langsung berpekikan terperanjat dan menjelaskan bahawa mereka tahu kawasan ini adalah kawasan Abah Anom dan ketika mereka jatuh dalam sungei itu mereka bertawasul dengan minta bantuan tuhan menerusi karomah Abah Anom, dan tuhan perkenankannya.

Dalam merakamkan kesyukurannya, mereka minta agar mereka dibawa ke sisi Abah, mereka sendiri ingin mengucapkan terimakasih secara langsung kepada Abah.

Sebaik sahaja, mereka tiba di Pondok Pesantren Suryalaya , mereka mengutarakan hasrat untuk masuk ke agama Islam di pangkuan Abah. Apabila berhadapan dengan Abah mereka mengucapkan terimakasih dan bersyahadat dan minta di bai'ahkan zikir sebagaimana mereka mendengarnya dari Masjid Nurul Asror selepas solat waktu pada tadinya.-tamat kisah.

Para pembaca budiman, karomah Abah terlalu banyak dari dibicarakan, ada yang persis karomah Sultanul Auliya dan ada yang karomah seperti para sahabat Nabi s.a.w. Bersyukurlah pada Allah, dimana pada zaman kita, waktu kita, kita diketemukan seorang mursyid kamil mukamil seperti ini.

No comments: