الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
Penulis mendatangkan 3 perkara dalam membincangkan isu Ibn Taymiyyah dan Al-Mujassimah al-Wahhabiyah :
- Pengenalan biodata Ibn Taymiyah.
- Pandangan ulama'-ulama' mu'tabar terhadap Ibn Taimiyyah.
- Senarai Ulama'-ulama' yang membantah dan mengkafirkan Ibn Taimiyah.
- Syubuhaat-syubuhaat (kesamaran-kesamaran) sekitar isu kekufuran Ibn Taymiyah.
SIAPAKAH IBN TAYMIYYAH?
Nama penuh Ibnu Taimiyyah ialah Ahmad Taqiyuddin, Abu Abbas bin Syihabuddin Abdul Mahasin Abdul Halim bin Syeikh Majduddin Abi al-Barakat Abdul Salam bin Abi Muhammad Abdillah bin Abi Qasim al-Khadhar bin Muhammad bin Ali bin Abdillah.
- Nama Taimiyah berasal dari nama datuknya, Muhammad bin Al khadhar. Ini kerana ketika beliau melakukan haji ke Mekah beliau melalui jalan Taima’.
- Datuknya seorang yang faqih dalam mazhab hanbali yang masyhur.
- Beliau lahir di desa Harran, Palestin pada 10 rabiulawal, 661H. Beliau seorang yang berbangsa kurdi.
- Pada mulanya, beliau merupakan seorang alim, banyak pengetahuan dalam fiqh mazhab Hanbali, dan Usuluddin kemudiannya shaz dan menyimpang dari mazhab yang empat.
- Mengajar dan bertabligh di Masjid Bani Umayyah di Damsyik dan ramai murid.
- Terpengaruh dengan fahaman Musyabbihah dan Mujassimah.(ajaran terpesong)
- Menyerupakan Tuhan dengan makhluk, mengeluarkan fatwa yang jauh berbeza dari mazhab Hanbali, Hanafi, Maliki dan Syafi’.
Ahmad ibn Taimiyah lahir di tengah-tengah keluarga yang berilmu yang bermadzhab Hanbali. Ayahnya adalah seorang alim dalam mazhab hanbali yang berperawakan tenang. Beliau (ayahnya) dihormati oleh ulamak-ulamak Syam dan pegawai-pegawai kerajaan sehinggakan mereka memberi mandat dan kepercayaan kepadanya di beberapa jabatan ilmiah untuk membantu mereka. Setelah ayahnya wafat, mereka melantik Ibnu Taimiyah menggantikan posisi/tempat ayahnya bahkan mereka yang selama ini mempercayai ayahnya, turut menghadiri majlis Ibn Taymiyah untuk mendorong dan memotivasinya supaya meneruskan tugas-tugas ayahnya dan memberi pujian kepadanyanya. Namun pujian tersebut ternyata membuatkan Ibnu Taimiyah terlena dan tidak menyedari motif sebenarnya disebalik pujian tersebut. Ibnu Taimiyah mulai menyebarkan satu demi satu bid’ah-bid’ahnya yang sesat sehingga para ulamak dan jabatan kerajaan yang dahulu memujinya mula menjauhinya satu persatu.
Ibnu Taimiyah meskipun adalah seorang yang tersohor dan memiliki banyak karangan dan pengikut, namun sesungguhnya beliau adalah seperti yang dinyatakan oleh al-Muhadditsu al Hafizh al Faqih Waliyy ad-Din al ‘Iraqi (W 862 H)-anak Syeikul Huffaz Zain al-addin Al ‘Iraqi dalam kitabnya al-Ajwibah al-Murdhiyah ‘ala al-asilati al-Makkiyyah : “Ibnu Taimiyah telah menyalahi Ijma’ dalam banyak permasalahan, kira-kira sekitar 60 masalah, sebahagiannya dalam masalah Ushul ad-Din (pokok-pokok agama) dan sebahagian lagi berkenaan dengan masalah-masalah furu’ ad-Din (cabang-cabang agama), Ibnu Taimiyah dalam masalah-masalah tersebut mengeluarkan pendapat lain; yang berbeza setelah termeterainya ijma’ di dalamnya".
Pelbagai lapisan masyarakat dan orang awam yang jahil mulai terpengaruh dan cuba mengikuti Ibnu Taimiyah sehinggakan perkara ini disedari oleh ulamak-ulamak di masa Ibnu Taimiyah sebagai suatu ancaman yang bahaya, lalu mereka mulai bersuara, bertindak mentahzir dan membantah pendapat-pendapatnya serta menggolongkan beliau di dalam kelompok para ahli bid’ah yang sesat. Di antara yang membantah Ibnu Taimiyah adalah al Imam alHafizh Taqiyy ad-Din Ali bin Abd al Kafi as-Subki (W 756 H) dalam karyanya ad-Durrah al Mudhiyyah fi ar-Radd 'ala Ibn Taimiyah, beliau mengatakan:
“Amma ba’du…
Ibnu Taimiyah benar-benar telah membuat bid’ah-bid’ah ( melakukan perkara-perkara baru) dalam dasar-dasar I’tiqod/keyakinan (Ushul al 'Aqa-id), beliau telah meruntuhkan tonggak-tonggak dan sendi-sendi Islam setelah ia sebelum ini bersembunyi disebalik taktik kotor mengikuti al Qur’an dan as-Sunnah. Pada zahirnya beliau mengajak kepada kebenaran dan menunjukkan kepada jalan syurga, ternyata kemudian ia bukan melakukan ittiba’ (mengikuti sunnah, ulama Salaf dan ijma’ ulamak) akan tetapi sebenarnya membuat bid’ah-bid’ah baru, beliau shaz dari umat muslimin dengan menyalahi Ijma’ dan beliau juga mengatakan tentang Allah dengan perkataan yang mengandungi tajsim (meyakini Allah adalah jisim; benda yang memiliki ukuran dan dimensi) dan bersusun (tarkib) bagi zat Allah Yang Maha Suci". Seterusnya Imam al-Subki mengatakan “ Beliau-Ibn Taimiyah- mengatakan Allah meliputi segala yang baharu dengan zatnya (hulul), Beliau menyebut Al-quran itu baharu, Allah berkata-kata setelah sebelumnya tidak,dan sesungguhnya Allah berkata-kata kemudian dia diam dan berlaku pada zatNya Iradaat dengan mengikut makhluk” pada akhir komentar Imam Subki menegaskan “ Ibn Taymiyah tidak tergolong dalam mana-mana golongan daripada 73 golongan yang berpecah dari pada umat ini, dan juga tidak bersepakatan dengan mana-mana umat, semua itu ( apa yang diyakini oleh ibn taymiyah) adalah kekufuran yang amat keji yang sedikit jumlahnya jika dinisbahkan dengan bid’ah-bid’ah yang dilakukan dalam masalah cabang agama ( furu’ fiqhiyyah)".
Di antara perkataan Ibnu Taimiyah dalam ushul ad-din yang menyalahi ijma’ kaum muslimin adalah perkataannya bahawa jenis alam ini qadim (tidak ada permulaan), (sebagaimana ia katakan dalam tujuh karyanya: Muwafaqah Sharih al Ma’qul li Shahih al Manqul, Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyyah, Syarh Hadits an-Nuzul, Syarh Hadits ‘Imran ibn al Hushain, Naqd Maratib al Ijma’, Majmu’ah Tafsir Min Sitt Suwar, Majmu' Al Fatawa) dan Allah pada Azal (keberadaannya tanpa permulaan) selalu diiringi dengan makhluk. Ibnu Taimiyah juga mengatakan bahwa Allah adalah jisim (bentuk), mempunyai arah dan berpindah-pindah. Ini semua adalah hal yang ditolak dalam agama yang mulia ini.
Dalam sebahagian karangannya, Ibnu Taimiyah menyatakan bahawa Allah Ta’ala sama besar ‘Arasy, tidak lebih besar atau lebih kecil, Maha suci Allah dari perkataan ini. Ibnu Taimiyah juga menyatakan bahawa para nabi itu tidak ma’shum, Nabi Muhammad tidak memilik jah (kehormatan), kerana itu menurutnya jika ada orang bertawassul dengan Nabi maka ia salah besar yang membawa kepada syirik (sebagaimana ia nyatakan dalam bukunya at-Tawassul Wa al Wasilah. Beliau juga mengatakan bahawa berpergian/bermusafir untuk menziarahi makam Rasulullah adalah dikira sebagai perjalanan maksiat dan tidak boleh mengqashar shalat kerananya (sebagaimana beliau kemukakan perkara ini di dalam kitab Majmuk al Fatawa). Dalam hal ini beliau benar-benar sangat keterlaluan padahal tidak ada seorang pun sebelumnya (salaf ataupun khalaf) berpandangan semacam ini. Ibnu Taimiyah juga menyatakan bahawa siksa bagi penduduk neraka akan terhenti dan tidak akan berlaku selama-lamanya (sebagaimana dituturkan oleh sebagian ahli fiqh dari sebahagian karangan Ibnu Taimiyah dan juga dinukil oleh muridnya; Ibn al Qayyim al Jawziyyah dalam kitab Hadi al Arwah ila Bilad al-Afrah).
Ibnu Taimiyah sudah berkali-kali diperintah untuk bertaubat dari menyebarkan perkataan dan kepercayaanya yang sesat ini, baik dalam masalah-masalah ushul maupun furu', setelah bertaubat di hadapan qadhi-qadhi, beliau bagaimanapun selalu mengingkari janji-janjinya- ( sifatnya yang muzabzab menyebabkan dia dipenjara sebanyak 4 kali)-sehingga akhirnya beliau dipenjara dengan kesepakatan para qadhi (hakim) dari empat madzhab; Syafi’i, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Al Imam al Hafizh al Faqih al Mujtahid Taqiyy ad-Din as-Subki yang sezaman dengannya dalam salah satu risalahnya mengatakan: “Ibnu Taimiyah dipenjara atas kesepakatan para ulama dan para penguasa”. Terakhir mereka (qadhi-qadhi) menyatakan Ibnu Taimiyah adalah sesat, harus ditahzir (diwaspadai) dan dijauhi, seperti dijelaskan oleh Ibnu Syakir al Kutubi (murid Ibnu Taimiyah sendiri) dalam kitabnya ‘Uyun at-Tawarikh. Pada saat yang sama, Sultan Muhammad ibn Qalawuun mengeluarkan keputusan rasmi pemerintah (warta kerajaan ) untuk dibaca di seluruh Masjid di Syam dan Mesir agar masyarakat mewaspadai dan menjauhi Ibnu Taimiyah dan para pengikutnya. Ibnu Taimiyah akhirnya dipenjara di benteng Al-Qal’ah di Damaskus hingga mati pada tahun 728 H.
Insyaallah..moga kte mendapat taufiq dan hidayat daripada Allah taala. Nantikan komentar-komentar para ulama' mu'tabar tentang Ibn Taymiyah dan sejauh mana beliau ditentang disebabkan kekufurannya dalam iktiqod dan keganjilannya dalam permasalahan fiqhiyah. Tungguuu...
Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany ( 0133005046)
2 comments:
salam a'laik.ana mnx utk letakkan link nta tntg "knp ulama2 mnthzir ibn Taimiyah.wahabi.."
ana msh tidak tahu kebenarannya..siapa yg benar dan salah.jd,ana cuba mncari jawapan di antara tusukan demi tusukan soalan.
sekian.wassalam.
asslam kita sebagai orang awam yang tidak setanding ulamak-ulamak tersebut kita kena membaca buku-buku karangan beliau bukan dengar fitnah orang dan kalau tak mampu kena belajar mencari kebenaran,orang yg.selamat tidak sesekali cepat melenting setiap pekara perlu ikhlas,kalau ikhlas Allah akan tolong,
Post a Comment