Masjid An-Nabawi

Masjid An-Nabawi
Rawdah

Friday, December 19, 2008

Sapu muka selepas salam



SAYA ingin bertanya, apakah hukum seorang itu melakukan solat dan selepas memberi salam ke kanan dan kiri dia tidak menyapu tangan ke muka? Amalan seperti itu dari mazhab yang mana?


KELIRU,
Selangor.




TIDAK menyapu muka selepas solat tidak menjejaskan solat. Ini kerana solat sudah selesai dengan memberi salam yang pertama. Solat dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.

Bagaimanapun, amalan menyapu muka selepas memberi salam diamalkan masyarakat Melayu kerana ada asasnya.

Ia termasuk dalam perkara sunat dan begitu dengan wirid selepas solat. Ia tidak dibuat semata-mata menambah-nambah atau memandai-mandai saja.

Semua amalan Islam terutama dalam ibadat dan sebagainya merujuk sumber hukum iaitu al-Quran, sunnah, ijmak dan qiyas.

Ini jelas apabila kita dapati Syaikh Daud bin Abdullah al-Fatani dalam kitabnya Munyat al-Musalli (hal 18) menyebut mengenai amalan menyapu muka selepas menunaikan solat seperti berikut:

" ...Adapun sunat yang dikerjakan kemudian daripada sembahyang, maka adalah Nabi s.a.w apabila selesai daripada sembahyang menyapu dengan tangannya di atas kepalanya dan dibacanya: "Bismillahi ladhi la ilah illa huwa al-rahman al-rahim Allahumma adhhab 'anni al-hamm wa al-hazan" [Maksudnya, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala kerunsingan dan kedukaan].

Kitab karangan Syaikh Daud adalah sumber utama rujukan perihal cara solat. Ia termasuk kitab fiqah ibadat mengikut mazhab Shafie (lihat juga artikel 'Sapu Muka' http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/10/sapu-muka.html).

No comments: