Masjid An-Nabawi

Masjid An-Nabawi
Rawdah

Monday, August 11, 2008

Gerakan HIZBU TAHRIR

Di ambil dari (sumber: ummahonline.com)

Majalah al-Islam bulan April telah membawa isu "HIZBU TAHRIR" di Malaysia. Malangnya tidak ramai yang memperdulikan fokus majalah berkenaan. Kepada para pendokong gerakan Islam, ianya dirasakan sebagai usaha untuk melaga-lagakan kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia. Isu tersebut juga tidak mendapat tempat kerana ianya dibawa oleh Astora Jabat yang sering dikenali dengan kontreversinya. Malang sekali, gerakan Islam di Malaysia, terutamanya PAS tidak menyedari bahaya yang dibawa oleh HIZBU TAHRIR ini kepada masa depan perjuangan Islam di Malaysia. Komen Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang mengenai HIZBU TAHRIR di dalam majalah tersebut bagaikan tidak diendahkan oleh para pendokong PAS di seluruh Malaysia. Hakikatnya, gerakan HIZBU TAHRIR membawa ancaman yang amat besar kepada masa depan PAS dan juga perjuangan menegakkan negara Islam di Malaysia.

HIZBU TAHRIR yang ditubuhkan oleh Taqiyudin al-Nabhani dari Palestina pada tahun 1952 merupakan sebuah parti politik yang tidak terlibat dengan pilihanraya. Bagi HIZBU TAHRIR, pilihanraya adalah sebahagian daripada sistem demokrasi yang kufur. Barangsiapa yang terlibat dengan sistem demokrasi, maka mereka berdosa dan juga bersyubahat dengan sistem kufur. Mereka juga mengecam mana-mana pihak yang ingin memperjuangakan Islam melalui saluran demokrasi seperti PAS, Ikhwan Muslimin, Jamaat Islami, PKS di Indonesia, Refah di Turki dan lain-lain lagi. Gerakan Islam – gerakan Islam yang memilih jalan harmoni dan aman damai tersebut adalah berdosa menurut HIZBU TAHRIR. Bagi HIZBU TAHRIR perjuangan yang paling utama umat Islam adalah untuk mengembalikan sistem Khilafah yang merupakan sistem Islam ciptaan Tuhan. Hanya dengan sistem khilafah sahajalah umat Islam akan dapat mengembalikan kehidupan Islam yang sebenarnya yag diredhai oleh Allah SWT.


Mereka juga percaya, perjuangan menegakkan khilafah "haram" dilakukan melalui saluran demokrasi yang aman. Mereka percaya ianya mestilah mengikuti metod Nabi yang mendahulukan peperangan pemikiran, kemudiannya revolusi pemikiran oleh umat semuanya, dan berakhir dengan revolusi politik. Selagimana tidak tertegaknya khilafah, maka umat Islam akan berada di dalam keadaan berdosa. Mereka juga percaya bahawa segala permasalahan umat Islam di dalam dunia ini disebabkan tidak wujudnya sistem khilafah. Di dalam proses terakhir untuk menegakkan khilafah di dalam sesebuah negara, HIZBU TAHRIR mensyaratkan wajib bagi umat Islam untuk meminta pertolongan (nusrah) mana-mana kuasa yang kuat, samada Islam mahupun bukan Islam. Bagi mereka, jika Amerika sekalipun sudi untuk membantu umat Islam untuk membina khilafah, maka mereka boleh meminta nusrah daripada kuasa tersebut.


Sekarang ini HIZBU TAHRIR telah mula berkembang di Malaysia kesan daripada kepulangan segelintir para pelajar dari UK yang terpengaruh dengan ideologi mereka. Kegiatan mereka di "bawah tanah" itu juga subur di kampus-kampus dengan kemasukan literasi-literasi HIZBU TAHRIR dari Indonesia dan juga kemasukan siswa-siswa Indonesia di IPTA-IPTA tempatan. UM, UIA dan juga UKM dikenal pasti sebagai pusat kegiatan HIZBU TAHRIR yang pesat dan aktif di kalangan mahasiswa. Sebaran, program-program dan juga literasi mereka banyak didapati di kawasan-kawasan tersebut. Sebaran mereka yang bertajuk "Soutun Nahdah" (SN) juga boleh didapati di kampus-kampus dan masjid-masjid di seluruh Lembah Kelang. Pendekata HIZBU TAHRIR semakin menular di kampus-kampus.


Apa yang merisaukan para pendokong gerakan Islam, terutamanya PAS ialah pengaruh HIZBU TAHRIR yang semakin menular di kalangan ahli-ahli PAS. Di kampus-kampus, ramai di kalangan mahasiswa GAMIS dan pro PAS telah mula dipengaruhi oleh HIZBU TAHRIR. Kesan daripada pengaruh tersebut, mereka beramai-ramai meninggalkan perjuangan PAS yang didakwanya tidak islamik kerana terlibat dengan demokrasi. Oleh kerana demokrasi adalah sistem kufur, maka perjuangan PAS yang berlandaskan demokrasi adalah haram. HIZBU TAHRIR juga telah menyebabkan ramai pelajar-pelajar Islam yang termakan dengan dakyah mereka memulaukan pilihanraya kampus. Pilihanraya kampus yang didakwa sebagai sebahagian daripada sistem demokrasi itu adalah haram dan juga maksiat. Tidak hairanlah bilangan mahasiswa Islam yang keluar mengundi semakin merosot, sekaligus memberikan kemenangan besar kepada kumpulan yang anti-Islam ataupun yang tidak Islamik. Keadaan ini juga dapat dikesan di beberapa buah IPT lain di mana HIZBU TAHRIR bergerak secara aktif.


Terdapat juga di kalangan pendokong-pendokong HIZBU TAHRIR yang telah bekerja terlibat di dalam usaha mempengaruhi aktivis-aktivis PAS. Kebanyakan tumpuan diberikan kepada para aktivis pemuda PAS. Di Lembah Kelang, di Kedah dan beberapa tempat di Pantai Timur, para pemuda PAS yang telah dipengaruhi oleh HIZBU TAHRIR bertindak meninggalkan PAS dan memboikot pilihanraya. Bukan sekadar mereka memboikot pilihanraya, malah mereka menghasut umat Islam dan juga masyarakat Islam agar melakukan perkara yang serupa. Natijahnya, orang yang dahulunya mengundi PAS di dalam pilihanraya 1999 tidak lagi keluar mengundi pada tahun 2004. Keadaan semakin parah jika yang dipengaruhi itu merupakan orang-orang kuat PAS. Apa yang membimbangkan pengaruh HIZBU TAHRIR semakin hari semakin meningkat di kalangan anggota-anggota PAS, terutamanya golongan mahasiswa.


Ruang demokrasi melalui pilihanraya dan juga mekanisme lain bukanlah sesuatu yang baru bagi PAS. Ianya telah diakui oleh dewan ulama PAS dan juga para cerdik pandai agama di dalam PAS semenjak dahulu lagi. Jika ianya tidak diambil oleh PAS yang ingin memperjuangkan Islam di Malaysia ini, maka vakumnya akan diisikan oleh UMNO. Mungkin itu yang dikehendaki oleh HIZBU TAHRIR. Bayangkan, jika umat Islam seMalaysia bertindak mengikut cara HIZBU TAHRIR, maka bukan Islamlah yang akan berkuasa di Malaysia. Manakala umat Islam duduk menunggukan kemunculan khilafah semata-mata.


HIZBU TAHRIR juga sering menimbulkan kekacauan kepada segala apa yang dilakukan oleh PAS dan gerakan-gerakan Islam yang lain di Malaysia. Sewaktu Kelantan ingin mengemukakan draf hudud di Terengganu mereka muncul untuk mengkrtik dan mempertikaikannya. Mudahlah kerja UMNO dengan apa yang telah dilakukan oleh HIZBU TAHRIR. Sewaktu Barisan Alternatif muncul dengan belanjawan, di mana pada waktu itu PAS merupakan antara yang terlibat, HIZBU TAHRIR muncul untuk membantai belanjawan tersebut lewat sebaran mereka. Sewaktu PAS mengetuai demonstrasi hari buruh, HIZBU TAHRIR muncul mengkafirkan sambutan hari buruh. Sewaktu PAS menyokong sistem perbankan Islam, HIZBU TAHRIR mengharamkan usaha tersebut. Sewaktu PAS sibuk berkempen pilihanraya, mereka menyeru umat Islam agar memboikot pilihanraya. Sewaktu PAS memprotes harga minyak petrol yang naik, mereka tidak menyokong dan mengatakan hanya dengan sistem khilafah sahaja minyak akan diberikan percuma. Sewaktu PAS melakukan usaha-usaha membantu kerajaan HAMAS dan rakyat Palestin, HIZBU TAHRIR menghentam HAMAS kerana terlibat dengan pilihanraya yang demokrasi. HIZBU TAHRIR juga memperlekehkan usaha kempen derma USD 1 untuk rakyat Palestin. Pendekata, segala apa yang PAS dan juga gerakan-gerakan Islam yang lain lakukan adalah salah selagimana tidak wujudnya sistem Khilafah.

Apa yang pelik, HIZBU TAHRIR ini tidak pula terlibat dalam usaha-usaha untuk berdakwah kepada masyarakat. Mungkin mereka beriman, jika turunnya khalifah yang mereka impikan itu dari langit, makan masyarakat bukan Islam akan secara automatik menjadi muslim. Ketika aktivis-aktivis PAS ke Acheh, Pakistan dan Jogjakarta untuk melakukan usaha-usaha kemanusiaan, anggota-anggota HIZBU TAHRIR pula sibuk menghentam PAS, PKS dan juga Jamaat Islami. Ketika umat Islam di Palestin dan juga para mujahidin HAMAS berhadapan dengan tentera-tentera rejim setiap hari, mereka pula sibuk mengharamkan HAMAS. Di manakah logiknya perjuangan HIZBU TAHRIR ini tidak dapat dilihat. Di manakah juga fiqh dakwah dan fiqh amal jamaie mereka, juga tidak dapat diketahui. Apa yang pasti, kewujudan mereka dan juga usaha hasutan mereka telah berjaya melemahkan perjuangan PAS di kalangan mahasiswa di kampus-kampus dan juga di kalangan para aktivis pemuda PAS.


Kita tidak mahu, satu hari nanti, apabila HIZBU TAHRIR sudah mula mendapatkan kekuatan mereka, mereka akan berkempen agar umat Islam di seluruh Malaysia tidak keluar mengundi. Bayangkan, di kala PAS sedang berkempen untuk rakyat mengundi mereka untuk penegakan hukum Islam, di waktu itu HIZBU TAHRIR pula sibuk berkempen mengharamkan rakyat keluar mengundi. Maka pada waktu itu, UMNO akan menang dengan begitu mudah, ataupun golongan bukan Islamlah nanti yang akan menguasai Malaysia. Pada waktu itu juga, usahkan khilafah, penegakan syariat Islam di Malaysia pun hanya akan menjadi utopia. Jika anda tidak percaya, sokonglah HIZBU TAHRIR dan lihatlah apa yang akan berlaku nanti!

Edry Fabrian (Mahasiswa Aktivis Kampus)

2 comments:

Wan Solehah al-Halbani said...

Salam,

Hizbu at-Tahrir (HT) adalah satu Pergerakan Islam yang KAFIR kerana mereka membuat dakwaan yang PALSU dan BATIL yang melibatkan mereka menolak ayat-ayat al-Quran yang jelas dan terang seperti berikut :


a) Mereka mengatakan bahawa Jihad, Perang dan Revolusi bukanlah tanggungjawab individu atau sesuatu golongan, tetapi tanggungjawab sesebuah KERAJAAN ISLAM seperti mana Rasulullah saw hanya berperang setelah wujudnya kerajaan Islam Medinah;

b) Mereka mengatakan bahawa tidak wujud Jihad, Perang dan Revolusi yang bertujuan untuk menegakkan sesebuah Khilafah dan mereka mengatakan juga bahawa kesemua Jihad dan Perang dalam Islam hanyalah dalam bentuk yang DEFENSIF sahaja;

c) Mereka mengatakan bahawa mereka taat dan patuh kepada Sunnah Rasulullah saw, iaitu untuk tidak memerangi sesebuah kerajaan manusia yang kafir pada zaman Jahiliyah untuk menegakkan sesebuah Khilafah memandangkan Rasulullah saw tidak memerangi kaum Quraisy Mekah;

d) Mereka mengatakan bahawa Metod Islam dalam menegakkan khilafah adalah Nussrah, iaitu menerima pertolongan daripada pihak yang lain tanpa perang dan kekerasan.


ULASAN :

1. Jihad, Perang dan Revolusi ke atas sesuatu kerajaan manusia yang syirik dan kufur adalah tanggungjawab individu atau sekumpulan individu Islam tanpa memerlukan kewujudan sesebuah kerajaan Islam (Nisa 84). Ayat ini membuktikan wujudnya REVOLUSI dalam Islam.


2. Nabi Musa as memerintahkan kaumnya agar mereka menyerang dan memerangi kaum kafir yang sedang memerintah di Baitul Maqdis (Maidah 21) – ini adalah peristiwa pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi dalam sejarah Islam.


3. Nabi Daud as melancar Jihad, Perang dan Revolusi ke atas Jalut, dan setelah mengalahkan Jalut, Baginda menegakkan Khilafah Islam dan menaiki takhta kerajaan sebagai Khalifah (Baqarah 251).


4. Allah memerintahkan kita untuk memerangi dan menghapuskan kerajaan manusia yang zalim dan menindas, serta yang mengabdikan manusia kepada kuasa manusia dan untuk menegakkan sebuah Khilafah melalui ayat-ayat al-Quran yang jelas dan terang (Baqarah 193; Hajj 40; Anfal 60). Ini adalah ayat-ayat Jihad, Perang dan Revolusi dalam bentuknya yang OFENSIF, iaitu menyerang dan memerangi musuh-musuh Islam tanpa terlebih dahulu sesuatu puak Islam itu dizalimi, diserang dan diperangi.


5. Allah memerintahkan kita untuk melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas sesebuah kerajaan manusia yang kafir pada semua masa dan situasi termasuklah pada zaman Jahiliyah kita sekarang ini kerana ayat-ayat al-Quran mengenai Jihad, Perang dan Revolusi ini (Baqarah 193; Hajj 40; Anfal 60) yang walaupun diturunkan di Medinah adalah ayat-ayat yang UMUM, KEKAL, FINAL dan MUKTAMAD yang sememangnya diperuntukkan kepada semua masa dan situasi.


6. Solat, puasa, zakat, haji dan seluruh syariat Islam belum lagi wujud pada zaman Jahiliyah Mekah, sehubungan dengan ini, kita ingin bertanya HIZBU AT-TAHRIR, apakah semua ibadat ritual seperti ini belum lagi wajib ke atas kita sekarang ini kerana kita masih berada dalam era Jahiliyah di bawah kerajaan Jahiliyah?


7. Kaum Ansar yang memberi pertolongan kepada Rasulullah saw itu bukanlah golongan yang lain dan asing, malah mereka itu adalah Pergerakan Islam yang satu dan sama dengan Pergerakan Islam di Mekah yang menerima dakwah daripada Baginda dan yang berada di bawah kepimpinan Baginda sendiri. Tidak berlaku pertolongan dpd pihak yang lain dalam peristiwa ini.

8. Rasulullah saw tidak mengatakan bahawa Nussrah adalah Metod Islam tetapi Baginda mengatakan bahawa Jihad, Perang dan Revolusi itu adalah Metod Islam dalam menegakkan sesebuah Khilafah kerana ayat-ayat Allah mengenai perintah untuk berperang terhadap sesebuah kerajaan yang kafir dan orang-orang kafir (Baqarah 193; Hajj 40) adalah diturunkan kepada Baginda semasa di Medinah.


9. Begitu juga jumhur ulama tidak memutuskan bahawa Nussrah adalah Metod Islam bagi menegakkan sesebuah Khilafah, tetapi mereka tetap mengatakan Metod Islam adalah Jihad, Perang dan Revolusi.


Sekian, terima kasih.


Wan Solehah al-Halbani

Wan Solehah al-Halbani said...

SALAM,



Kesemua yang disampaikan di sini adalah secara berterus terang dan ikhlas sekadar menyampaikan yang HAK dan BENAR sahaja semata-mata demi perjuangan Islam yang luhur dan mulia. Salah silap dan terkasar saya dahului dgn memohon ampun dan maaf.


Pas yang mengamalkan agama demokrasi yang kafir adalah parti politik yang KAFIR kerana amalannya itu bererti :


1. Pas melantik ahli-ahli PARLIMEN dan DUN sebagai TUHAN-TUHAN MANUSIA yang kafir, zalim dan fasik kerana :


i. Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk :


a) Memerintah ke atas manusia;
b) Membuat undang-undang untuk manusia;
c) Menjalan dan menguat kuasakan undang-undang demokrasi ke atas manusia (pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia);



ii. Mereka adalah orang-orang yang disembah sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah oleh manusia kerana segala undang-undang yang dibuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh manusia.



2. PAS menjadikan rakyat biasa yang berada di bawah undang-undang demokrasi sebagai orang-orang kafir kerana :


i. Mereka menjadi para hamba kpd manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kpd manusia;


ii. Mereka menyembah manusia kerana mereka mentaati dan mematuhi undang-undang manusia.



Persoalan dalam amalan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini ialah persoalan AQIDAH, iaitu amalan agama demokrasi bererti kita membuat pilihan di antara TAUHID dengan SYIRIK, di antara ISLAM dengan KAFIR, bukan membuat pilihan di antara yang kurang mudharat dengan yang lebih mudharat, dan di antara yang kurang buruk dengan yang lebih buruk.



Allah melarang kita daripada memperjuangkan Islam melalui amalan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini, di antaranya adalah diasaskan kepada hujjah-hujjah berikut :



1. Tidak ada IJTIHAD dan MASLAHAH dalam masalah AQIDAH, maslahah hanya terhad kepada memilih di antara yang buruk dengan yang lebih buruk atau di antara yang mudharat dengan yang lebih mudharat, tetapi tidak untuk membuat pilihan di antara Kufur dengan Iman, Tauhid dengan Syirik ;



2. Tidak ada DHARURAH dalam amalan demokrasi, dharurah hanya dibenarkan dalam situasi yang amat terdesak yang tidak wujud lagi jalan keluar yang lain, iaitu mengikut Imam Ahmad, setelah seseorang itu diikat, atau dikurung atau dipukul dan diseksa, barulah wujudnya prinsip dharurah;



3. Falsafah “MATLAMAT MENGHALALKAN CARA” tidak dapat diterima oleh Islam kerana ianya adalah falsafah Barat dan cara pemikiran Barat yang syirik dan kufur yang dikembangkan oleh Machiavelli;



4. Rasulullah saw menolak tawaran orang-orang kafir untuk melantik Baginda sebagai Raja;



5. Membuat sesuatu kesalahan atau melibatkan diri dengan perbuatan yang merosakkan Aqidah Islam secara SENGAJA dan TERANCANG adalah dilarang oleh Allah swt;



Segala hujjah seperti yang dipaparkan di atas ini menolak konsep IJTIHAD dan MASLAHAH dalam persoalan Aqidah, dan juga menolak konsep ‘MATLAMAT MENGHALAKAN CARA’ daripada pemikiran kufur Barat yang dikemukakan oleh Machiavelli yang sama sekali berkontradiksi dengan hukum al-Quran.



Firman Allah : Fatir 10
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.



Ini adalah ayat al-Quran yang jelas, terang dan muktamad yang melarang kita daripada mengamalkan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini untuk dijadikan sebagai metod perjuangan kita.




Sekian, terima kasih.




Wan Solehah al-Halbani