Masjid An-Nabawi

Masjid An-Nabawi
Rawdah

Friday, June 6, 2008

Majlis tahlil untuk arwah

Di ambil dari myMetro


Tahlil, doa anak harus


APAKAH hukum sebenar mengadakan majlis tahlil untuk arwah si mati dan apakah tujuannya? Seperti yang kita ketahui apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah segala amalannya, kecuali doa anak soleh kepada ibu bapanya.

Dalam majlis tahlil kebiasaannya mereka menyebut untuk menghadiahkan doa kepada si mati, sedangkan sudah jelas kita ketahui mengenai hadis di atas. Persoalannya, adakah wajib majlis tahlil dan adakah kita boleh menghadiahkan doa untuk si mati?


KELIRU
Kuala Lumpur.


HUKUM mengadakan majlis tahlil adalah harus, asalkan tidak mengambil harta si-mati tanpa hak. Keluarga si-mati pula tidak dibebankan dengan bayaran yang tinggi.

Sementara jiran tetangga boleh membantu keluarga si-mati dengan menyediakan makanan untuk tetamu yang majlis berkenaan.

Mengenai hadis 'terputus amalan si-mati kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan' adalah benar.

Bagaimanapun, ia tidak menafikan doa orang lain yang mendoakan kepada kesejahteraan roh si-mati, lebih-lebih apabila ia datang atas usaha anak atau keluarga si-mati.

Dalam al-Quran sendiri Allah menyarankan agar kita berdoa kepada orang yang sudah kembali lebih awal daripada kita seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” (al-Hasyr:10).

No comments: